Wednesday, January 30, 2013

Layu

Aku Lihat Layu Dalam Melayu
Aku Pasti Bukan Aku Seorang Saja Yang Nampak
Ada Juga Bercadang Bertanya Tuan Punya
Tapi Bercampur Risau Dengan Tak Tergamak
Nanti Di Kata Tak Bersyukur Di Kata Tak Sedar Diri
Jadi Aku Menyindiri, Memerhati Dan Akhirnya Mengakui
Yang Kita Sendiri Membiarkan Bunga Raya Melayu Ke Kanan
Dan Di Biar Bunga Tak Cantik Mekar Di Kiri
Aku Lihat Layu Dalam Melayu
Tanah Air Kita Yang Punya, Kita Siram, Kita Baja
Tapi Angin Api Kita Lupa
Mereka Merancang Masa Menjilat Bangsa
13 Harimau Bertukar Menjadi Mangsa
Kita Lupa, Nenek Moyang Kaya Raya
Jangan Sekali-Kali Di Gadai Harta Bendanya
Ku Lihat Layu Dalam Melayu
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Iya, Tapi Apa Guna Tak Hilang Di Dunia
Kalau Kewujudan Tidak Rasa
Petah Berbahasa, Kudrat Tak Berjasa
Orang Berbudi Kita Hanya Tahu Merasa
Selalu Lari Bila Di Rapat, Selalu Malu Bila Soalan Di Aju
Selalu Segan Memberi Pendapat
Rela Mengikut Dari Meneraju
Belum Nyanyi Sudah Bersorak, Suka Berjanji Dalam Borak
Bukan Kata Tak Ada Otak, Cuma Tak Berfikir Di Luar Kotak
Ku Lihat Layu Dalam Melayu
Aku Jadi Sayu, Bunga Menangis Dia Mendayu
Mau Jadi Cantik Tetapi Ragu
Aku Merayu, Bangunlah Semula Hidup Kembali
Jangan Tunggu Matahari Mati
Cepatlah Mekar Sebelum Terlerai
Perjuangan Kita Belum Selesai...

Kalau Habis Abjad, Aku Menaip Guna Angka

Nak Bercerita Tapi Tiada Cerita Dalam Minda
Nak Berpuisi Tapi Tiada Iham Di Kepala
Nak Bersajak Tapi Kotak Imaginasi Kosong
Beri Laluan Kepada Gambar Yang Penuh Cerita ;p
Aku Hanya Manusia Biasa, Bukan Malaikat
Aku Juga Punya Rasa Benci, Rasa Marah
Aku Benci Berpura-Pura Baik
Walau Pun Aku Memang Baik
Ada Masa Aku Marah
Ada Masa Aku Benci
Bukan Sepanjang Masa Aku Boleh Positif
Pura-Pura Senang Dengan Aniaya Orang
Bila Aku Marah, Tak Perlu Kau Jadi Manusia Sempurna
Yang Cuba Merasionalkan Aku
Kerana Ketika Itu Aku Memang Tidak Mampu Rasional
Bila Aku Benci Pada Sesuatu
Tak Perlu Kau Meneutralkan Perasaan Aku
Biar Aku Luahkan Rasa Benci Itu Pada Mu
Agar Rasa Itu Tidak Terus Terperangkap Dalam Hati Ini
Agar Aku Kembali Tenang
Sokong Kata-Kata Ku
Walaupun Hati Mu Memberontak Tak Setuju
Sekadar Cuba Memenangkan Aku
Dan Bantahlah Setelah Marah Ku Tercantas
Bukan Ketika Hati Ini Panas
Jangan Kau Berlagak Sempurna Di Mata Ku
Kerana Kau Juga Manusia Biasa, Tak Ubah Seperti Aku...

映画『ONE PIECE FILM Z ワンピース フィルム ゼット』特別映像1 (Trailer)

One Piece, Strong World (Trailer)

My Mom Word

Kalau Ada Bersyukur, Kalau Tiada Pun, Bersyukur Juga :)

Cyborg Franky :D


Swag Cat ;p (The Original Grumpy Cat)

Menitis Air Mata Ku Tengok Tarian Dorang Ni ;p

Bubble Pop ;p

Sebahagian Watak Dalam One Piece


Anime Terbaik :)




Nicki Minaj Is My Bitch ;p



skrIllex



Budak Getah

Add caption




13

Saat Kita Menanam Padi
Rumput Ikut Tumbuh, Tapi...
Saat Kita Menanam Rumput
Tidak Pernah Tumbuh Padi
Dalam Melakukan Kebaikan
Kadang2 Hal Yang Buruk Turut Menyertai, Tapi...
Saat Melakukan Keburukan
Tidak Ada Kebaikan Bersamanya
Pesanan Untuk Diri Sendiri
Jangan Bosan Berbuat Baik
Meski Kadang Tidak Sempurna.

Self Made

I Am Not Famous In This World, But I Am Famous In Someone Heart, That's All That Matters To Me :)

Monday, January 28, 2013